Aritu, g karangkrafnya pesta, pastu beli buku libur dapat la wat cabutan bertuah..
Tiket free yang kitorang dapat |
Aim nak dapat tiket free g sunway sebab dekat gan umah, tapi dapat tiket g lost world of tambun lak.. T_T.. setelah bersepakat dengan member(member ke?), ambk je la tiket tu..Siap kira la badget nak g sana, yela student kan, ne la ada wet sgt.. survey tiket bas lagi.. memang letih..
Tapi mengenangkan nak g enjoy, sabo je la.. hehehe.. tegok map taman tema tu pon cam memberangsangkan je.. dengan semangatnya beli dah tiket bas 19.2.2011 pukul 7.45 pagi tu paling awal la, bas sri maju (dari pinang).. Kalau boleh nak sampai seawal yg mungkin kat lost world, nak spend masa puas2 kat sana.. disebabkan takot x de bas pagi2 buta nak g stesen bas, pinjam la moto abg sedara (seb ek dia bg pinjam)..
Masa dalam bas |
Pas beli tiket ambik la teksi g lost world. Mahak giler kot. Lagi mahal dari tiket bas. Rm20 sehala, pak cik tu pon kedekut, kurang sikit pon x leh. Sampai lam kol 12.15 p.m. g tukat tiket gan gelang tuk masuk lam tu. B4 masuk tu dia check beg. Makanan harus lah x boleh bawa masuk tapi air putih or kosong boleh. Air yang bewarna xleh. Org tu la cakap.. pastu g cari loker. Loker Rm10, kecik je pon. Leh masuk lam 2 beg sandang yg besa tu je. Tapi leh buka tutp bnyak kali la guna password. Masa g tu x ramai org, syok gak la.. sewa la pelampung, yg single Rm8 yang double Rm12 dpt gelang gak. Deposit Rm10 dan akan dipulangkan masa kita pulangkan pelampong gan gelang yg dia bg masa kita bayar. Kalau rasa nak berenang n x perlukan pelampung, bek x yah sewa. Bazir je sebab setiap gelongsor cliff racer gan tube riders disediakan pelampung.
Seluar trek x leh pakai yea. Leh pakai swimming suite or seluar tight. Baju x kisahyg penting bukan seluar trek. Ada kakak tu tengah syok2 mandi tetiba pegawal pantai tu suh dia kuar sebab dia pakai suar trek.. rugi je x dpat mandi.. mula2 terus que tuk naik tube riders. Kat tube riders ada 4 gelongsor – dark, semi, close gan open. Que x panjang sgt sebab x ramai, kitorang try masuk close and disebabkan penakut, suh la member tu duk depan, tapi cam x best sgt je geongsor tu. Member mls nak beratur sebab ramai dah que, pastu g la men kat sungai. Sungai tu ada ombak dan ada aliran so duk je la atas tu.. tapi sungai x best sebab cetek je(paras lutut). Tapi masa lalu sungai tu kita akan lalu 5 monument - castle ruin, monkey valley, frog geyser, temple ruin gan arch ruin. Tapi setiap tempat tu dia akan pancutkan air la kalau kita lalu. Panjang sungai lam 600m.
Pastu rasa cam bosan, ingat nak g nek tube rider lagi, panjang lak que, so g la cliff race. Xd e org.. sedap je terus naik main. Tapi takot gak nak nek, so bg lagi member duk depan, sebab kita akan mengelongsor ke bawah pastu nek atas (ada penahan la kat ujung tu) kat ujung tu ada air dia tolak kita balik ke bawah. Lepas men sekali cam best gak, g men lagi. Terus je nek sebab x de org. kali kedua saya duk depan. Wah, baru tau cam ne perasaannya, laju giler pastu dia bertingkat2 rasa cam terbang je. Kali ni pelanpung tu mengelongsor lagi tinggi ke atasberbanding masa mula2 men. Turun naik 2 3 kali b4 berhenti. Pastu kitorang wat kesimpulan, tuk mendapatkan kelajuan maksimun, yg ringan kena duk depan.. ^^.. lupa bg tau, semua gelongsor guna double pelampung.
Pastu g la mandi manda kat jungle wave pool. Ada ombak.. best.. pastu renang2.. tu je aktiviti leh wat. Dah rasa bosan g tegoktube rider lagi. Panjng sikit la, so que jela. Kali ni ambik yg dark n saya duduk depan. Masuk2 je terus gelap, x Nampak apa pon.. kepala x sempat tegok pon. Agak mengerunkan la.. actually dia ada bg anak panak tunjuk arah lencongan tapi mana lah nampak, laju giler geraknya.. masa Nampak cahaya memang release giler la.. hahaha.. masa turun tu dapt gelang kaler oren. Gelang tu tuk tengok pic kita n bleh la nak beli. Dia snap pic kita masa kita gah turun dari gelongsor. Rm15 kot sekeping gambar. Pastu g men cliff racer lagi sebab x de org.. hahaha.. pasu kitorang g la kat taman permainan. Men semua game.. pas men tu png dah.. nak muntah pon ada.. huhuhu.. mane x nye men 3 game berturut..sume yg pusing2 bg pening kepala je..
Pastu g men tube rider lagi, ambik yg open lak. Open pon best, benyak kali pusing2 pastu bila kat hujung gelongsor, memang laju.. syok giler… pastu dah penat g la men air panas. Rendam la lam 15 min. yg openya x best sgt. Air dia pon x panas sgt, lam 38 ˚C. yg kat belakng cam tersorok sikit, tapi kecik je, nama dia crystal spa, 40˚C, best sebab x de org.. lagi pon kat situ ada pokok. Tenang je duk situ. Ada jakuzi tapi x sempt masuk pon. Sempat buat foot reflexology dalam air 38˚C. syok gak. Pastu ada satu lagi pool, x de org langsung, ingatkan leh berenang kat situ sebab kedalam 120m, rupanya air dia 40˚C da. Cancel nak masuk. Time tu pon dah pukul 3.50 ptg. Takot x sempat nak jalan2 kat dry park lak. So, mandi la terus.
Pas siap mandi n myg jamak..trus je member ajak g mencekik (mkn la). Kat situ ade makanan yg mahal n murah gak. Yg murah bleh dpt dlm harga bawah RM7 cam pasembor, laksa, ais kacang, garlic bread, mee goreng pon ade gak n byk la. Air tin kat situ mahal RM 3 ngan sedihnye terpaksa la saya cancle harapan tuk beli air 100plus yg menjadi idamanku selama ini. Kalo nak mkn yg mahal cam chicken chop, hotdog, nasi goring ala barat ade je tp harganye dlm RM 15 blom masuk air munum lg (ingat bleh la nak try tp takot overbadget la plak). So kitorang decide beli garlic bread je harge nye RM 3.50. ckp je garlic bread tapi sapu butter gan kaya je.. tapi sedap gak. Try la..
Seterus nye saya bergerak ke destinasi yg menjadi impian sejak tgk laman web lost world ne (petting zoo). Dari ape yg org lain tulis kat blog dorg haiwan2 kat situ sume nye dilepaskan. So kami berjalan n berlari la gak sbb nak kejar masa takot x dpt spend masa byk kat tempat tu. Sampai2 je kat pintu masuk zoo tu ade lak counter jual mkanan haiwan. 1 peket RM 1. Ade 5 jenis mknan haiwan yg dijual kat situ. So kitorang pon beli la mkanan utk rabbit sbb minat kat rabbit. Ada juga schedule depa bg masa makan haiwan2 tu. Setiap jam haiwan yang lain2 n dilepaskan kot sebab kitorang x sempat tegok.. dah lepas masanya masa sampai tempat tu. Masuk je dlm zoo tu nampak kawasan rabbit tp kitorang x g kat situ dlu, kitorang g kat kawasan ikan yg diberi nama “longkang fish”. Siap sediakan jaring n baldi. X tau la nape dorg sediakan benda tu. Tanpa ambil kisah, kami teruskan perjalanan dan destinasi pertama kami tempat haiwan yg comel2 cam anak landak, hamster n so on. Sangkar dia terbuka so kitorang leh pegang and bagi makan.
Pastu g kat parrot zone, burung2 tu tidak ikat dan biar terbebas. Masa datng tu, burung2 tu gah makan. Penjaga tu bagi jagung. Burung2 tu pegang jagung tu guna kaki pastu patuk2 kat jagung tu ambik isi. Mas tu pon ada org bg makan gak, bg kuaci. Cerdik la natang tu, dia buka kulit kuaci guna paruh dia pastu guna lidah ambik isi kuaci tu. Pastu g tegok landak yg dah beso tapi landak tu dalam cage sebab takot dia lepaskan tembakkan kot. Hahaha..
Gah jalan2 tu, nampak la kambing gah berjalan2 gan riangnya sambil makan daun disekeliling beliau. Ingat nak ambik pic tapi lari lak. Pastu teruskan perjalan, tempat tu cam lam hutan sikit. Tapi nyaman la sbb dikelilingi hutan. Kat situ ada kucing hutan gan skunk. Tapi masa kitorang g semua gah tido.. sedih.. ada gak waterfall kat situ.
Pastu masuk lam satu cage beso and dlm cage tu ada mcm2 burung. Mcm2 jenis burung ada dalam tu, rasa nyesal lak x beli makanan burung. Syok je tegok org bg burung makan, pastu burung tu bertenggek kat tangan diorang. Dalam tu x leh wat bising n jalan kena hati2. Takot terpijak burung tu, mati pulak.
Seterusnya pergi kat glassroom lak. Kat situ banyak ular. Besar2 ular tu. Geli gak la tegok. Pastu g taman hamster gan guine pig. Apa lagi, terus la buka makanan yg kitorang beli tu and bagi la si guine gan rabbit tu makan. Kebulur natang tu sampai tangan kena gigit. Comei sungguh natang tu. Gah syok2 bg rabit makan, nampak la ferret ni tengah aktif turun naik tangan kat sngkar dia. Masa mula2 masuk ferret tu gah tido, x sempat nak bemesra. Terus la g kat natang tu. Warna oren, comei giler. Rasa cam nak bawa balik je. Ingat nak bg makanan rabbit tapi dia carnivo. Hahaha.. lepas natang tu abis posing, g balik kat taman rabbit tu. Pastu ternampak la racoon dangan senang hatinya tersadai kat atas pangkin yg disediakan untuk dia bersantai2. Tapi x sepat ambik pic, dia dah balik sangkar dia. Pas abis makana rabbit, g la kat tempat racoon. Geramnya tegok. Cam nak tarik je eko dia.. gebu je..
Teruskan perjalanan ke Koi pond. Masa jalan tu ada gak lalu monumnet yang 5 tu. Dapat la snap 1-2 gambar. Rasa tenang je bila jalan2 kat situ. Ilang segala masalah. Odw jalan tu akan nampak needle of tambun. X sampai 10 min, sampai da Koi pond. Kat situ leh men paddle boat. Tapi kena bayo. Sekepala rm5. Bentuk bot tu pon can angsa. Pastu leh bg angsa makan gak.
Pastu terus jalan ke tiger velly. Dia ada sesi bergambo gan anak tiger tu. Pukul 3 lebih tapi x sempat la tegok. Nak bergambar kena bayar rm20 rasenya. Tegok je la harimau yg besar dari jarak jauh. Time tu jugak la harimau tu membuang air besar. Tak snap gambo pon, sebab jauh. Pakai kamera hp je. Huhuhu.. teruskan perjalanan, singgah kat Kempura cave. X tau apa function dia so snap gambar je la. Actually ada je train cam kat zoo tu bawa korang round2 kawasan tu. Tapi jalan lagi best kot. Kecik je tempat tu po. Lagi puas jalan kaki.
Rimau pose tu.. |
Jalan2 lagi, sampai dah dekat taman permainan. Kat situ ada gak game2 yang mcm kat funfair tu. Ada couple tu dpat 2 bear besar rasa cam nak cuba gak. Tapi x de rezeki. Kitorang pon x nak men dah stormrider tu semua dah, pening kot. G la tinjau2 tempat mandi kanak2 lak. Cam best, ada tong besar atas tempat permainan kanak2 tu, bila air penuh lam tong tu, tong tu terbalik and air tumpah. Umpama cam wat urutan badan la. Hahaha.. tegok jam pon dah pukul 6 ptg. Pekerja2 tu pon gah sebok kemas. Kitorang pon ambik dan keluar. Sebelom nak kuar tu leh la nak tegok pic yg diorang snap masa korang men gelongsor tu. Pastu singah kedai souvenir. Cam best tapi x de pulus lak. Tegok je la.
Pastu call teksi g medan gopeng. Sementara tungu bas, sempat lah myg magrib. Bas sampai dalam pukul 9mlm. Sampai penang dalam pukul 11mlm. Selamat pergi selamat balik.. Alhamdulliah.. Pengalamn yang menyeronokkan. Pergila jika berkesempatan..
No comments:
Post a Comment